
Sulit
4 tahun
Pedih tekak sejak mula sambung ke kerja
Salam Dr. Saya sudah mula ke kerja sejak 13/5/2020. Dan mulai 14/5/2020 saya mula rasa pedih2 tekak dan dan lelangit macam berbutir2 mcam tu, sehingga sekarang.
Apa merisaukan ialah di pejabat saya, walaupun hanya terdapat 3 orang staff, tiada seorang pun memakai mask @ mengamalkan social distancing. Saya juga ke kerja menaiki motorsikal di jalan yang agak jem & sesak.
Soalan saya,
- Adakah ini tanda2 covid atau hanya sakit tekak biasa?
- Bahaya tak untuk membawa motorsikal di musim covid ni? Ada kemungkinan ke bakteria tersebut (jika ada) boleh melekat ke pakaian saya otw ke kerja dan dibawa masuk ke pejabat?
- Bahaya ke jika staff dalam office tidak pakai mask, walaupun tempat duduk kami ada jarak 1m antara satu sama lain.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih untuk soalan anda.
Menurut WHO, simptom-simptom COVID-19 yang lazim dilaporkan ialah:
- Demam (lebih daripada 37.5 darjah celsius)
- Keletihan
- Batuk
- Lenguh dan sakit sendi
- Sakit tekak
- Sakit kepala
- Kesukaran bernafas
Oleh kerana anda mengalami skait tekak, anda digalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya.
Selain COVID-19, sakit tekak boleh disebabkan oleh:
- Jangkitan bakteria/virus lain
- Tekak luka akibat batuk
- Tekak tercedera akibat makanan keras atau tajam
- Terlalu banyak menjerit atau bercakap
- Kurang minum air
COVID-19 tersebar melalui titisan daripada saluran pernafasan dan bukan udara. Oleh itu, anda boleh menggunakan motosikal untuk turun kerja. Untuk makluman and, COVID-19 ialah sejenis virus dan bukan bakteria. Sekiranya staff dalam office anda tiada simptom seperti batuk atau selsema, maka mask tidak wajib digunakan. Namun, anda harus mengamalkan langkah pencegahan yang disarankan.
- Mencuci tangan dengan sabun dan air.
- Elakkan daripada menyentuh mata, hidung atau mulut dengan tangan yang tidak dicuci.
- Jauhi daripada orang yang sakit terutamanya yang menunjukkan simptom jangkitan COVID-19
- Elakkan daripada mengunjung kawasan tumpuan ramai orang
- Pastikan mulut serta hidung ditutup dengan tisu ketika batuk atau bersin.
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini