Sulit
5 tahun
Peluang hamil ? Selepas period
Sy wanita 29thun. Sy bru je hbis period. Dan melakukan hbgn kelamin shgga pasangan pancut dalam…adakah ini peluang untk sy hamil lg???
5 tahun
Salam sejahtera & terima kasih kerana menghubungi kami.
Saya memahami kebimbangan anda pada masa ini tentang kondisi tubuh anda saat ini dan potensi kehamilan.
Umum perlu mengetahui bahawa masa subur atau fertile window bagi seseorang wanita adalah beberapa hari sebelum, hingga 24 jam setelah ovulasi berlaku. Ovulasi biasanya berlaku pada hari ke-14 bermula dari tarikh haid wanita yang terakhir (sekiranya kitaran haid anda adalah selama 28 hari).
Namun, untuk pengetahuan anda, UPT merupakan salah satu cara yang boleh digunakan untuk mengenalpasti kehamilan. Terdapat juga cara lain seperti ujian darah dan ultrasound. UPT berfungsi dengan mengesan hormon hCG yang dirembeskan oleh wanita ketika mengandung. Sekiranya hormon ini tidak cukup tinggi di awal usia kandungan, ujian UPT boleh memberikan keputusan negatif walaupun anda mengandung.
Bagi mengenalpasti keputusan kehamilan anda saat ini dan diwaktu yang akan datang, anda dinasihatkan untuk melakukan ujian kehamilan - dengan cara yang betul. Kecelaruan mengenai keputusan ujian kehamilan pula boleh disebabkan:
- Alat ujian rosak
- Hormon terlalu rendah
- Cara penggunaan salah
Namun untuk kondisi anda, secara umumnya, haid merupakan salah satu tanda yang jelas tidak terjadi kehamilan, namun sedikit info tambahan, haid yang tdiak teratur pula merupakan tanda-tanda yang berikut:
- keguguran
- gangguan pendarahan tubuh
- penyakit yang memerlukan rawatan susulan (i.e. PCOS, fibroid, dll.)
- penebalan atau polip pada lapisan rahim.
Yang pasti, untuk mengetahui dengan lebih tepat tentang kondisi kesihatan anda, pemeriksaan yang lebih terperinci perlu dilakukan terlebih dahulu. Oleh yang demikian kami menasihatkan agar anda mendapat rawatan secara langsung di klinik ataupun hospital yang terdekat sekiranya anda masih was-was.
Inginkan penjelasan lebih lanjut daripada pakar? Gynecologist kami sedia membantu.
Dalam pada waktu yang sama, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.



































