rusdymdsaid1995
5 tahun
Peluang pekerjaan yang merisaukan
Saya lelaki berumur 24 thn, tengah praktikal, isu saya, saya seorang penghidap HIV positif, jadi, saya risau terhadap kerjaya saya kelak kerana apa yg saya tahu, susah dpt kerja jika ada HIV terutama government.
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi.
Untuk makluman pihak anda, kami kurang arif tentang polisi pekerjaan dengan perkhidmatan awam. Namun begitu, pada masa kini HIV boleh dirawat dan pesakit HIV yang menerima rawatan boleh mempunyai peluang dan kualiti hidup yg sama dengan orang lain. Saya sarankan agar anda meneruskan rawatan anda dan berbincang dengan doktor tentang langkah yang perlu anda ambil. Anda juga boleh merujuk kepada unit kaunseling dan kerjaya. Harap membantu. Terima kasih.