Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Peluh berlebihan di bahagian ketiak, kepala dan kaki

Dijawab oleh: Dr Ramzdhan

Dikemaskini pada: Jun 8, 2019 12:36 AM

Anonymous 3 bulan

saya wanita berumur 33 tahun dan masih bujang. saya mempunyai masalah peluh berlebihan terutamanya di bahagian ketiak . seingat saya penyakit ini saya alami sejak di bangku sekolah menengah, ianya tidak berkurang malah makin teruk bila meningkat usia. bermacam deodoran anti peluh yg saya dah cuba antaranya perspirex, kiehls dsb tapi tak jugak berkesan. saya buka dpd kategori obesiti dan sy tidak juga mengalami masalh kesihatan lain. sehingga kini saya masih bingung asbab penyakit ini makin teruk. kesannya keatas kehidupan sosial sy sangat membimbangkan. di pejabat yg ada aircond juga ketiak saya boleh basah. bayangkanlah. sy bingung sehingga rasa mahu jalani pembedahan ETS sahaja tapi memikirkan tentang kos , saya hentikan saja.saya harap doc dapat bantu saya beri saya jalan keluar. atau perlukah saya consume oral medication? please advice.l

Dr Ramzdhan 15 bulan
General Practitioner

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor

Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Kuat berpeluh atau lebih dikenali sebagai hiperhidrosis adalah keadaan yang menyebabkan berpeluh berlebihan. Peluh ini boleh berlaku dalam situasi yang tidak biasa, seperti cuaca sejuk, atau tanpa pencetus sama sekali.

Terdapat dua jenis hiperhidrosis, antaranya:

  • Hiperhidrosis utama atau fokal: Peluh berlebihan di setempat atau pada satu bahagian badan sahaja seperti tangan, ketiak, kepala, muka dan kaki tanpa sebab yang jelas.

  • Hiperhidrosis sekunder atau umum: Peluh berlebihan menjejaskan seluruh badan. Keadaan ini boleh disebabkan oleh keadaan perubatan atau ubat.

Untuk mengetahui punca sebenar masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut tentang latar belakang kesihatan anda, pemeriksaan dan ujian mungkin perlu dijalankan. Anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Terima kasih.

Dikemaskini pada: Sat Jun 08 2019 00:36:51 GMT+0000 (Coordinated Universal Time)
4.88
Konsultasi Atas Talian
Dapatkan nasihat doktor dan Pakar Pakar Endokrinologi tentang masalah peluh secara online dari mana jua anda berada tanpa perlu menunggu giliran.
Konsultasi Doktor
RM19.99
Konsultasi Pakar
Dari RM80
Saringan Kesihatan PERCUMA
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Mula Saringan Kesihatan PERCUMA
Sulit
Tapak tangan berpeluh dan basah Apakah ubat yg patut sy ambil utk penyakit tapak tangan berpeluh ni? Baca lagi...
10 bulan
Sulit
Terlalu banyak peluh Hi dr. Saya seorang wanita berumur 23 tahun. Saya nak tanya, kenapa ya saya sentiasa berpeluh & saya rasa terlalu banyak peluh. Kadang2 sampai tudung & baju basah akibat peluh. Jadi, saya nak ta… Baca lagi...
10 bulan
shakirinsuhaimi
Tangan berpeluh - hyperhydrosis Assalamualaikum dan selamat sejahtera… saya ada masalah tangan berpeluh yang semakin teruk… saya bercadang untuk rujuk rawatan di hospital… tapi untuk langkah awal, boleh saya tahu jenis ubat-ubatan y… Baca lagi...
9 bulan
Sulit
Masalah ketiak tidak berpeluh Saya wanita usia 42 tahun.masalah ini bermula dari saya umur 20-an selepas saya makan pil duromine untuk kurus. Pada awalnya saya sangat teruja apabila mkn badan sangat berpeluh.lalu sy terus m… Baca lagi...
3 hari
Sulit
Tangan dan kaki kerap berpeluh Sukar untuk membuat aktiviti harian kerana peluh terganggu oeluh berlebihan ingin mendapatkan rawatan di hospital/klinik yang berdekatan dengan rumah saya bukit beruntung,rawang,selangor Baca lagi...
5 bulan
Tanya Doktor Percuma Sambutan Hari Malaysia: Baucar RM15