
Sulit
5 tahun
Pembelian ART Meds di farmasi atau online
Doktor, bolehkah HAART dibeli di farmasi atau online. Saya mengambil preskripsi Efavirenz dan Tenvir dari klinik kesihatan. Tetapi ada masanya ubat tidak mencukupi dan saya perlu ke klinik dua minggu sekali, yang kebiasaan bekalan diberi untuk sebulan. Saya kerap keluar kawasan atas faktor pekerjaan dan kalau ada pilihan lain untuk memastikan bekalan ubat sentiasa mencukupi. Terima kasih untuk jawapan.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman anda, ubat-ubat yang diperlukan anda tidak tersedia di sini. Apa yang anda boleh buat adalah berjumpa dengan doktor anda di KK untuk memeberi anda preskripsi dan surat kebenaran membeli sendiri jika ianya dibenarkan mengambil kira kesukaraqn anda untuk ke KK.
Setelah itu, anda boleh hubungi kami secara terus atas talian bagi berbimncang lanjut untuk membantu anda mendapatkan bekalan ubat-ubat tersebut.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih.