
izadshahizam
4 tahun
Pemeriksaan batuk kering
HI, ibu saya disahkan tb. saya yang menjaga beliau sebelum beliau dimasukkan ke hospital. persoalan saya. pegawai kesihatan ada keluarkan surat untuk saya juga buat pemeriksaan takut berjangkit. persoalan saya perlu ke saya kuarantin kan diri dari pergi pejabat? dan berapa lama saya boleh tahu keputusan sekiranya saya pergi buat saringan.

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini.
Untuk menjawab soalan anda, anda perlu membuat saringan TB dan elakkan pergi ke tempat awam selagi keputusan itu tidak dapat lagi.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.