Sulit
3 tahun
Penangguhan ubat antibiotik
Saya berumur 61 tahun dan menghidap penyakit Buah Pinggang, Kencing manis dan Darah tinggi, baru baru ini, bisul saya ditoreh di hospital dan diberi ubat antibiotik, saya terlekat ubat kapsul antibiotik di tekak dan menyebabkan sukar untuk bernyawa. Anak saya menepuk belakang saya sehingga terkeluar sarung kapsul tersebut. Bolehkah saya berhenti memakan antibiotik untuk seketika kerana tekak saya amat sakit dan mengalami batuk yang kuat. Terima kasih atas penjelasannya ya.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Kami memahami kebimbangan anda mengenai kesukaran untuk memakan ubat antibiotik yang diberi oleh doktor anda bagi merawat bisul yang tengah sembuh. Untuk makluman anda, pengambilan antibiotik adalah penting bagi mengelakkan atau membunuh sebarang jangkitan yang terdapat pada bisul anda atau juga membantera punca bisulan tersebut. Kami percaya bahawa ubat antibiotik yang diberi oleh doktor anda tidak akan mengganggu masalah buah pinggang anda kerana pada biasanya terdapat beberapa jenis ubat yang tidak boleh dimakan sekiranya seseorang itu menghadapi masalah buah pinggang.
Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor yang tengah merawat anda sebelum ini bagi mendapatkan kaedah pengambilan ubat antibiotik yang baharu seperti melalui suntikan atau melalui IV. Sila maklumkan doktor anda tersebut mengenai masalah ini dengan teliti serta memberi kerjasama.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tambahan, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.