Anonymous
3 tahun
Pendarahan ketika sex
Saya sudahvbkahwin lebih kurang 3 thn. Sy mengalami pendarahan ketika hubungan sex dgn suami. Darah cair dan merah terang. Kebiasaan bila sy bersama dgn suami, akn mngalami pendarahan sebelum atau selepas haid. Tp agak merisaukn sbb darah kali ini byk jatuh ikut air mani suami. Kmi blum ada anak shingga skg.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda masalah pendarahan selepas seks boleh disebabkan oleh:
- Faraj kering (“vaginal dryness”)
- Kurang pelincir ketika seks
- Jangkitan kulat candidiasis menyebabkan gejala seperti gatal, merah, keputihan yang pekat dan pendarahan selepas seks.
- Ketumbuhan fibroid atau polip di pangkal rahim boleh menyebabkan pendarahan selepas hubungan seks.
- Cervical ectropion
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.
































