Anonymous
6 tahun
Pendarahan kita hubungan seks
Saya wanita berusia 23 tahun. Baru-baru ini saya melakukan hubungan seks untuk pertama kali dan saya dapati terdapat pendarahan di sekitar alat sulit saya. Seperti yang saya baca sebelum ini, mungkin itu tanda pecahnya selaput dara. Pasangan saya tidaklah melakukan secara ganas atau paksa. Namun tidak dinafikan saya berasa begitu gementar pada waktu itu kerana berasa sakit. Pendarahan tersebut agak ketara sehingga meleleh di kawasan peha dan menitik di lantai. Setelah beberapa minit, pendarahan itu berhenti. Kami mencuba buat kali kedua namun perkara sama masih berlaku. Saya juga berasa mual dan seperti mahu pitam akibat pendarahan itu. Saya bimbang akan keadaan saya, doktor. Terima kasih.
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah pendarahan ketika/selepas seks . Untuk makluman pihak anda,terdapat beberapa punca yang boleh menyebabkan berlakunya hal ini. Antaranya ialah:
- Faraj kering (“vaginal dryness”)
- Kurang pelincir ketika seks
- Jangkitan kulat candidiasis menyebabkan gejala seperti gatal, merah, keputihan yang pekat dan pendarahan selepas seks.
- Ketumbuhan fibroid atau polip di pangkal rahim boleh menyebabkan pendarahan selepas hubungan seks.
- Cervical ectropion
Untuk mengetahui punca sebenar masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut tentang latar belakang kesihatan anda, pemeriksaan dan ujian mungkin perlu dijalankan. Anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih.
































