
vinahuang1989
5 tahun
Pendarahan otak&kencing berdarah
Ayah saye 63 tahun, 2minggu lepas dia tak sedarkn diri,lepas tu doctor Lakukan surgery utk buang tumpukan cairan otak cozof pendarahan diotak.yesterday di ct scan maseh trdapat pndarahan di otak,size tak membesar,ape tu tumor darah atau pendarahan biasa doc?Selepas operasi,dia ade kencing berdarah sampai ni hr. Ubat2 dripada doctor ud mkan tpi tak ade baek.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, perdarahan setelah operasi adalah perkara yang boleh dijangka pasca operasi otak. Ia adalah perdarahan dan bukanlah tumor.
Merujuk kepada kencing berdarah pula, ia boleh timbul disebabkan oleh:
- masalah buah pinggang
- luka akibat trauma
- jangkitan saluran kencing / kencing kotor
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.