Anonymous
6 tahun
Pendarahan selepas melakukan sex
Saya berumur 29tahun dan telah berkahwin.saya baharu sahaja lepas bersalin 6bulan lepas secara czer. Saya ingin bertanya dengan Dr selepas saya melakukan sex saya akan mengalami pendarahan.tidak rasa sakit bahagian faraj.tapi dalam sehari darah keluar secara sikit2.saya merasa risau dengan keadaan tersebut.boleh tak Dr berikan penjelasan sebab dan kenapa dengan apa yang saya alami.tq
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak puan, perdarahan setelah berhubungan seks boleh jadi disebabkan beberapa perkara seperti:
- jangkitan
- faraj kering
- faraj luka
- ketumbuhan mulut rahim
- luka mulut rahim
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.

































