Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Pendarahan semasa hamil

Dijawab oleh: Patient Care Consultant

Dikemaskini pada: Mei 27, 2019 2:40 AM

Anonymous 12 bulan

Saya wanita berumur 32 tahun…kini hamil 9minggu…saya mengalami pendarahan sejak dari minggu ke-7…Pada awal pendarahan (minngu ke-7) saya telah berjumpa dgn doktor dan membuat pemeriksaan. Hasil scan doktor memaklumkan ada kantung tetapi tiada “baby” lg mungkin masih awal…dan doktor memberi saya duphaston dan appointmemt pada 11/6 nanti…selepas seminggu pendarahan masih tidak berhenti, saya telah pergi semula ke hospital (minggu ke-8) utk pemeriksaan sekali lagi…doktor bertugas memaklumkan kantung masih ada, rahim masih tertutup tetapi “baby” masih belum nampak lagi dan minta sy utk teruskan dgn appointmemt 11/6…tetapi semalam dan hari ini sy mengalami pendarahan agak byk sedikit dari biasa(lebih kurang 2 jari) diikuti dgn ketulan darah sebesar kuku dalam 1-2 ketulan dan juga darah seakan-akan lendir…perlukah saya pergi semula ke hospital untuk pemeriksaan? Ini kerana doktor-doktor yg saya jumpa sebelum ini mengatakan pendarahan itu normal…

Salam sejahtera. Walaupun pendarahan dari faraj tidak selalunya menandakan bahawa kehamilan tersebut mempunyai masalah, ia masih boleh menjadi tanda bahaya. Oleh itu, semua wanita hamil yang mempunyai pendarahan dari faraj patut mengunjungi doktor untuk diperiksa.

Antara punca-punca pendarahan ketika fasa awal kehamilan termasuk:

  • Pendarahan implan: Kadangkala pendarahan ringan yang tidak berbahaya boleh berlaku kerana penanaman telur yang telah disenyawakan pada dinding rahim terjadi sekitar masa haid anda sepatutnya berlaku.
  • Perubahan pangkal rahim akibat kehamilan boleh menyebabkan pangkal rahim senang berdarah contohnya ketika hubungan seks.
  • Keguguran: Kebanyakan keguguran berlaku semasa 12 minggu pertama dan malangnya kebanyakannya tidak dapat dicegah. Tanda-tanda lain keguguran termasuk kesakitan perut bawah atau pelepasan tisu dari faraj.
  • Kehamilan ektopik berlaku jika telur yang disenyawakan ditanam di luar rahim seperti di tiub Fallopian. Apabila telur tersebut membesar, ia boleh memecahkan tiub Fallopian dan menyebabkan pendarahan yang mengancam nyawa.
  • Kehamilan molar menyebabkan kehadiran tisu yang tidak normal di dalam rahim. Biasanya ia tidak berbahaya tetapi dalam kes yang luar biasa, tisu ini boleh wujud sebagai kanser.
  • Pendarahan selepas hubungan seksual
  • Sebab-sebab yang tidak berkaitan dengan kehamilan termasuk trauma atau luka pada dinding faraj atau jangkitan faraj.

Kunjungilah doktor anda untuk diperiksa bagi memastikan keselamatan anda dan kandungan. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor. Terima Kasih.

Dikemaskini pada: Mon May 27 2019 02:40:16 GMT+0000 (Coordinated Universal Time)
4.87
Sulit
Demam selepas bersalin Saya wanita umur 20 tahun mengalami demam sejak isnin minggu lepas. Baca lagi...
13 hari
Sulit
Perut terasa gerak2 walaupun sedang menggunama. Kaedah perancanv suntika. 3bulan sekali Selamat ptg dokter, nama saya Nurul sudah 2bulan ini perut saya rasa macam ada yg bergerak kadang2 terasa geraka nya dan kadang tidak… Saya heran sebab saya pengguna cucuk perancang yg 3bulan se… Baca lagi...
10 hari
Sulit
Perlu ke ubat kuatkan rahim saya wanita berumur 27 tahun. saya baru dapat tahu saya mengandung 4 minggu (period last 19 april). saya ada sejarah keguguran sebelum ni(kandungan 9 minggu)perlu ke saya ke klinik untuk buat pe… Baca lagi...
19 hari
Sulit
Merancang kehamilan untuk persediaan perkahwinan Saya berumur 38 thn dan akan berkahwin tidak lama lagi untuk perkahwinan kedua. Sebelum ini saya sudah memiliki 2 orang anak lelako. Disini saya ingin minta pendpt folid asid apa yg sesuai utk s… Baca lagi...
17 hari
Sulit
Masalah pintu rahim cepat ada bukaan Hi doctor, sy brumur 30thn , baru keguguran 15mggu pada 30/01/2020, disbabkan sy dah ade bukaan… anak sulung sy lahir pada 2016. sy lahirkan 35 minggu sbb dah ada bukaan… mcmane nak atasi khamil… Baca lagi...
36 jam
Tuntut RM300 Ujian COVID-19 >
Tanya Doktor Percuma Hadiah Tunai RM30 eFarmasi