Anonymous
6 tahun
Pendarahan semasa hubungan kelamin
Saya wanita berumur 33 tahun, sudah ber kahwin. Baru-baru ini, saya mengalami pendarahan Yang banyak semasa melakukan hubungan kelamin. Apakah saya perlu laku kan
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, pendarahan ketika melakukan hubungan seks boleh disebabkan:
- Polip pada serviks yang pecah
- Ektropion serviks - luka pada serviks
- Masalah pembekuan darah
- Faraj kering
- Kesan ubat seperti pil perancang/aspirin/ibuprofen
- Jangkitan kulat pada ruang vagina seperti kandidiasis
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doktor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.

































