
Sulit
4 tahun
Pengambilan sumplement kurus dan jamu penyebab lewat period?
Selamat pagi doctor. Sy dah lewat period 8 hari. Hasil upt ialah negative. Sy dah test 3x. Sy menggunakan kaedah rancang sendiri (buang luar). Sy yakin sy tak pregnant. Tanda-tanda utk period ada dah iaitu sakit pinggang. Tapi periodnya masih tak keluar. Sy ada amalkan minum jamu dalam 2 bulan lebih. Dan dlm2 minggu lepas sy ada mengambil supplement minuman kuruskan badan. Adakah punca period sy lewat sebab pengambilan benda-benda ni? Sy jugak dah beli ubat norethisterone 10 biji dan pharmacist cakap hari ke-4 akan period tapi sehingga hari ni masih tak period. Kerana sy ada pengalaman amalkan jamu dan bulan tu sy tak period. Doktor bagi sy pil perancang utk period masa tu. Harap doktor boleh bagi jawapan utk masalah sy ini. Sekian terima kasih.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang haid lewat.
Untuk makluman anda, selain daripada hamil, haid lewat juga boleh disebabkan oleh perkara berikut:
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Haid lewat? Dapatkan kepastian dan tidak perlu tertanya-tanya lagi.
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.
Anda masih risau tentang haid lewat? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!