Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Pengambilan Ubat kencing manis

Dijawab oleh: Dr Nur Syuhada binti Zulkifli

Dikemaskini pada: Mei 3, 2020 12:22 PM

Sulit 2 bulan

Ayah sy bukan pesakit kencing manis. Dia selalu monitor guna test kit tu. Kadar gula selalunya diantara 5-6 tak lebih 10. Kalau lebih 10 sbb dia makan/minum manis secara berlebihan. Baru-baru ni sy dapat tahu ayah sy consume ubat metformin milik makcik sy. Makcik sy merupakan seorang pesakit kencing manis. Adakah terdapat kesan sampingan pada ayah sy yg consume ubat tersebut? Ayah sy bukan pesakit kencing manis dan tidak pernah ke hospital. Sy risau

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli 2 bulan
General Practitioner

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.

Berdasarkan keterangan di atas, amat disarankan supaya ayah anda berhenti mengambil ubat kencing manis sekiranya ia tidak diberi oleh doktor. Saya kurang pasti mengenai kesan sampingan bagi ubat ini sekiranya diambil oleh individu yang tidak mengalami masalah kencing manis, namun saya percaya ia tidak akan memberi apa-apa kebaikan.

Selain it, saya juga mencadangkan untuk anda duduk dan bertanya dengan ayah anda mengapa beliau mengambil ubat tersebut

Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui lebih lanjut, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.

Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Terima kasih.

Dikemaskini pada: Sun May 03 2020 12:22:11 GMT+0000 (Coordinated Universal Time)
4.89
Sulit
Insulin Boleh Menyebabkan Mati Pucuk Hi Doktor. Baru baru ni suami saya menghidap demam denggi. Dia ada penyakit kencing manis Type 2. Masa demam paras gula dia tinggi sangat sampai kena cucuk insulin. Sebelum ni dia just makan uba… Baca lagi...
21 hari
Sulit
Baccan gula dalam darah Doc, Saya wanita 30an, ingin mendapatkan kepastian berkenaan waktu yg tepat utk mengambil bacaan gula dlm darah. Sy berbuka puasa pada jam 730mlm-8mlm ( suapan terahkir jam 8mlm) Bilakah wakt… Baca lagi...
2 bulan
Sulit
Kencing manis Dan tanda tanda Sanitizer Periuk Sabun qaseh cj Tag dapur eco Balang kosong I Lada giling Mknn eco Ayam bsar Telur Stew ayam Cndawan shitake Udang Saya mempunyai sejarah kencing manis (insulin) sema… Baca lagi...
2 bulan
Sulit
Kencing manis, dan sekrang saya mengambil suplement untk kencing manis Adakah spelmenf tu bagus untk saya …nama suplemnt tu NATURALLE DIAMELON 500mg …buat masa nie gula saya paling tinggi 11.6 …saya mempunya mesin cek gula jadi saya akan cek dengan sendiri nya dir… Baca lagi...
2 bulan
ieyka429
Ng air kebas dan kerap buang air kecil Hi saya gadis yg berusia 20 tahun, saya seorang yg obesiti siptom saya ialah apabila malam nk dekat saya akan rasa kebas tangan dan kaki saya juga rasa nk buang air kecil selalu, tpi hal ini berlaku n… Baca lagi...
57 hari
Tuntut RM300 Ujian COVID-19 >
Tanya Doktor Percuma Hadiah Tunai RM30 eFarmasi