Sulit
3 tahun
Pengambilan ubatan sebelum ujian thyroid
hi.adakah pengambilan ubat seperti voren dan anarex sebelum pengambilan darah mempengaruhi keputusan ujian thyroid?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Mengikit pembacaan ilmiah saya setakat ini, terdapat kajian yang menunjukkan bahawa ubat diclofenac (voren) boleh mempengaruhi pengedaran dan metabolisma hormon tirioid (T 3 dan T4) dengan meningkatkan bentuk hormon yang bebas. Oleh itu, ia boleh menyebabkan penurunan dalam tahap T3 dan T4 dalam darah.
Manakala untuk ubat anarex (Paracetamol + Orphenadrine) setakat ini tidak mempengaruhi keputusan ujian tiroid.
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui lebih lanjut, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Terima kasih.