
freddil86
4 tahun
Pengambilan vitamin D secara harian
Salam dan selamat pagi doktor. Saya umur 33,sudah hampir 10 tahun bekerja dan pendedahan cahaya matahari sangat kurang sebab bekerja di bawah aircond. Kalau saya ambik vitamin D sebagai supplement harian ada effect apa apa kepada kesihatan saya ke tidak,sbb kulit saya nampak gelap dan cepat penat bila seharian kerja. Terima kasih

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman anda, vitamin D sememangnya penting untuk badan. Bagi memanfaatkan atau menggunakan vitamin D, badan tetap memerlukan cahaya matahari untuk proses metabolisma. Anda boleh mengambil vitamin tambahan, tetapi tetap cuba dedahkan diri pada cahaya matahari pagi dengan penggunaan pelindung kulit.
Bagi keletihan dan kelesuan pula, ia berkait rapat dengan tahap kecergasan dan stamina anda. Anda perlu mengamalkan diet seimbang dan bersenam sekurang-kurangnya 3 kali seminggu. Setiap sesi memerlukan sekurang-kurangnya 30 minit aktiviti senaman.
Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.