Sulit
5 tahun
Penggunaan lignocaine gel
Hi Dr. Saya wanita berumur 26 tahun dan telah berkahwin. Sepanjang perkahwinan, belum pernah lagi boleh ada intercourse kerana saya masih takut dan membuatkan otot saya mengeras. Saya telah berjumpa doktor pakar, tetapi tiada jalan or ubat yang diberikan melainkan saya perlu ubah mindset dan cuba rileks, selain dari menggunakan dilator yang berlainan saiz. Setelah membuat bacaan, adakah selamat untuk saya menggunakan lignocaine gel dari farmasi sebagai salah satu usaha?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Faraj yang kering
- Belum bersedia untuk melakukan penetrasi
- Kecederaan pada dinding faraj
- Radang organ pelvis ( pelvic inflammatory disease )
- Vaginitis
- Cervicitis
- Masalah psikologi: Kemurungan, keresahan, stres
Anda tidak digalakkan untuk mengambil krim ataupun lignocaine gel sekiranya tidak mempunyai preskripsi doktor, dikhuatiri akan memberi kesan sampingan kepada organ wanita anda.
Nikmati saat indah bersama yang tersayang dengan selamat.
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda.
Anda boleh lakukan beberapa perkara ini untuk mengurangkan gejala tersebut:
- Menggunakan pelincir
- Berbincang dengan pasangan anda mengenai masalah yang anda hadapi
- Memanjangkan foreplay supaya anda lebih bersedia sebelum penetrasi
- Pastikan anda selesa semasa melakukan hubungan bersama suami
- Berjumpa dengan doktor sekiranya perkara ini berlarutan dan mengganggu hubungan anda dan suami
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di ( DoctorOnCall ) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.

































