Perlu Bantuan?

Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Pengunaan Cranbarry semasa hamil

Dijawab oleh: Dr Sri Viknarajan

Dikemaskini pada: November 25, 2020 7:10 AM

Sulit 53 hari

Assalamualaikom, isteri saya hamil sudah 4 bulan & dia alami masalah kencing kotor. Pada awal sudah berjumpa doktor & makan ubat tetapi hasilnya masih alami jugak. Selepas itu saya beli produk berkaitan degan cranberry di Farmasi untuk isteri saya minum & hasilnya sungguh memuaskan selepas beberapa hari meminum produk tersebut. Tetapi selepas seminggu lebih, isteri saya alami balik masalah kencing kotor. Selepas itu saya dapatkan rujukan dari farmasi dan saya belikan lg produk cranberry untuk isteri saya minum. Tetapi, pagi tadi semasa isteri saya menghadiri temujanji ibu mengandung di klinik kerajaan, jururawat bertugas melarang isteri saya menggunakan produk cranberry kerana dikuatiri memberikan kesan kepada kandungan disebabkan ubat/produk tersebut tidak diberikan atas rujukan doktor tetapi sebelum saya membeli produk cranberry, saya telah dapatkan rujukan dari ahli farmasi yg bertugas untuk menjual ubat di farmasi tersebut. Persoalan saya adakah penggunaan cranberry menyebabkan kesan sampingan kepada bayi dalam kandungan?

Dr Sri Viknarajan 53 hari
General Practitioner

Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.

Pertama sekali tahniah diucapkan atas kehamilan tersebut! Semoga anda dan pasangan dapat melalui detik-detik yang bahagia ini dengan penuh keceriaan.

Namun kami memahami keresahan berkenaan kencing kotor dan suplemen cranberry yang dialami oleh anda. Walaubagaimanapun bantuan kami adalah terhad berdasarkan deskripsi yang anda telah sampaikan melalui forum ini.

Kehamilan adalah saat yang indah, pastikan anda mendapat khasiat yang secukupnya untuk perkembangan bayi yang sihat.

Umumnya kencing kotor mempunyai gejala seperti yang berikut:

  • panas sewaktu kencing,
  • disuria (sakit sewaktu kencing)
  • inkontinensia (tidak boleh menahan kencing)
  • demam (sekiranya berat)

Secara umumnya kencing kotor boleh disebabkan oleh:

  • Jangkitan bakteria atau virus pada sistem urogenital (lazim berlaku pada wanita hamil)
  • Penyakit menular seksual
  • Teknik cuci kemaluan yang salah
  • Vaginal douching

Namun ia juga boleh disebabkan oleh tabiat minum air yang banyak (normal) atau kelainan fungsi ginjal (tidak normal)

Walaupun suplemen cranberry memang disarankan oleh KKM untuk merawat kencing kotor, ia tetap perlu mendapat persetujuan doktor khususnya bagi wanita hamil, antara alasanya adalah kerana kandungan gula yang tinggi boleh memberi kesan yang buruk pada ibu hamil dan membesaran bayi di dalam kandungan. Dikhuatiri juga beberapa kandungan lain dari suplemen itu ternyata tidak sesuai untuk sesetengah ibu hamil.

Sebaliknya saya juga turut sarankan isteri anda untuk:

  • jangan menahan kencing
  • teruskan minum air secukupnya
  • mengambil suplemen hanya dibawah pengawasan/persetujuan/pengetahuan doktor (i.e. cranberry & vitamin c)
  • elak menggunakan produk kebersihan wanita (baca: vaginal douching)

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang kondisi kesihatan anda, seperti biasa, pemeriksaan yang lebih terperinci perlu dilakukan terlebih dahulu. Oleh yang demikian kami menasihatkan agar anda turut menyampaikan maklumat ini apabila mendapat temu janji kehamilan di klinik kesihatan.

Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.

Pastikan persoalan anda terjawab untuk kehamilan yang sihat. Doktor pakar ibu dan anak (obstetrician) dapat membantu anda.

Dikemaskini pada: Wed Nov 25 2020 07:10:39 GMT+0000 (Coordinated Universal Time)
4.87
Konsultasi Atas Talian
Dapatkan nasihat doktor dan Pakar Pakar Sakit Puan tentang kehamilan secara online dari mana jua anda berada tanpa perlu menunggu giliran.
Konsultasi Doktor RM19.99 Konsultasi Pakar Dari RM80
Saringan Kesihatan PERCUMA
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Mula Saringan Kesihatan PERCUMA
Sulit
Adakah pasangan saya akan mengandung walaupun saya rub dick pada virgina? Saya berumur 21, saya melakukan hubungan seks bersama pasangan saya 20, saya hanya rub dick saya pada virgina dan saya tidak pancut, adakah dia akan mengandung? Baca lagi...
8 hari
Sulit
Apakah jenis-jenis makanan dan minuman yang tidak boleh diambil semasa hamil? Saya wanita berumur 31 tahun, baru sahaja berkahwin dan sedang hamil berap minggu. Saya ingin mengetahui lebih lanjut jenis-jenis makanan dan minuman yang tidak boleh diambil sepanjang kehamilan… Baca lagi...
11 hari
Sulit
Keluar Darah PinkCoklat Tetapi Scan Rahim tidak mengembang Saya Wanita berusia 24 tahun, saya ada lewat datang haid pada bulan 12 yang lepas. Mengikut jangkaan haid saya akan turun pada 21/12 tetapi 28/12 baru turun dalam masa yang sama darah saya tak s… Baca lagi...
9 hari
Sulit
Hamil tapi ada keluar darah saya wanita 28 hamil 17 week tapi ada keluar darah perut tak sakit apakah penyebabnya doc Baca lagi...
10 hari
Sulit
Kebolehan untuk hamil Saya wanita berumur 25tahun dan telah mengambil suntikan depo selama setahun lebih. Saya perlu mengambil depo seterusnya pada 7.9.2020 ,tetapi saya tidak mwngambilmya dan berhenti mengambil seba… Baca lagi...
2 hari