
shadowbeans5454
2 tahun
Pening berpanjangan sepanjang hari
Hai doc . Saya berumur 23tahun . Sejak sebulan yg lalu saya mengalami penat dan sukar bernafas tapi setelah mendapatkan nebulizer di klinik saya dah ok . Tapi harini daripada pagi sampai sekarang kepala saya pening dan rasa mual . Kenapa ya doc ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, pening boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Benign Paroxysmal Positional Vertigo (BPPV)
- Vertigo
- Meniere’s disease
- Acoustic neuroma
- Akibat trauma leher atau kepala
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.