Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Pening dan loya berpanjangan

Dijawab oleh: Dr Ramzdhan

Dikemaskini pada: Julai 15, 2019 8:32 AM

massita_gween 12 bulan

hi doctors
saya mengalami pening kepala yg agak teruk
apatah lagi bila berdiri
kepala berdenyut dan terasa nak pitam
sering merasa loya tetapi tidak muntah
saya membuat ujian kehamilan
tapi keputusan negative
ape solusi untuk masalah ini
sebulan masalah ini
tetap berlanjutan
trime kasih

Dr Ramzdhan 12 bulan
General Practitioner

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.

Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala yang anda alami mungkin berpunca daripada:

  • Hipotensi postural - terjadi apabila bangun terlalu cepat menyebabkan kurang darah sampai ke kepala
  • Anemia - kurang sel darah merah
  • Kurang gula
  • Dehidrasi
  • Masalah dalaman telinga

Bagi mengurangkan kesan yang dihadapi anda, langkah-langkah seperti memastikan air diminum mencukupi, bangun dari tidur/tempat duduk dengan perlahan serta pengambilan karbohidrat/gula mencukupi mungkin dapat mengurangkan simptom yang dialami.

Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doktor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.

Dikemaskini pada: Mon Jul 15 2019 08:32:22 GMT+0000 (Coordinated Universal Time)
4.88
siti
Makanan yang sesuai untuk mereka yang menghidap tekanan darah rendah? Kakak saya sering pengsan sewaktu disekolah. Mungkin tekanan darahnya rendah. Apa makanan yang sesuai untuk mereka yang menghidap tekanan darah rendah? Baca lagi...
17 bulan
Sulit
Tekanan Darah Rendah Selepas Bersalin Saya wanita berumur 29 tahun dan mempunyai 2 orang anak. Saya kehilangan 2 liter darah selepas melahirkan anak yang pertama pada 2016 dan menerima 4 beg darah. Selepas mengalami tumpah darah sel… Baca lagi...
2 bulan
medina
Sering pitam dan pengsan Hai doktor, saya sering pitam dan pengsan. Adakah ini disebabkan darah rendah? Baca lagi...
17 bulan
massita_gween
Pening dan loya berpanjangan hi doctors saya mengalami pening kepala yg agak teruk apatah lagi bila berdiri kepala berdenyut dan terasa nak pitam sering merasa loya tetapi tidak muntah saya membuat ujian kehamilan tapi kepu… Baca lagi...
12 bulan
Anonymous
Cth : Tekanan darah rendah Saya wanita berusia 26 tahun . Sejak kebelakangan ini saya sering merasa pening tanpa sakit kepala, tubuh terasa melayang-layang dan adakala jantung saya akan berdengup laju dengan tiba-tiba . Apa dok… Baca lagi...
14 bulan
Tuntut RM300 Ujian COVID-19 >
Tanya Doktor Percuma Hadiah Tunai RM30 eFarmasi