Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Pening dan muntah lepas bangun dari tidur

Dijawab oleh: Dr Nur Syuhada binti Zulkifli

Dikemaskini pada: Mei 5, 2020 2:01 AM

farhanmunir339 2 bulan

Ibu sa
Ya berasa pening dan mntah2 lepas bangun dari tidur secara tiba2

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli 2 bulan
General Practitioner

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.

Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah pening kepala merupakan gejala yang biasa dialami. Akan tetapi, sekiranya ia diiringi dengan masalah seperti yang berikut, amat digalakkan untuk anda berjumpa dengan doktor.

  • Sakit kepala yang terlalu kuat dan tiba-tiba

  • Pandangan kabur

  • Pitam

  • Sawan

  • Muntah pada waktu pagi

  • Hilang berat badan mendadak

Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Berkemungkinan juga terdapat masalah pada sistem pencernaan seperti keracunan makanan, acute gastroenteritis dan sebagainya. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor sekiranya keadaan ibu anda semakin teruk.

Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Terima kasih.

Dikemaskini pada: Tue May 05 2020 02:01:37 GMT+0000 (Coordinated Universal Time)
4.89
Sulit
Mual/loya tetapi tidak muntah helo doktor. saya seorang lelaki dan ingin bertanya dalam berapa hari ni saya rasa mual dan loya tetapi tidak muntah. lebih lagi bila lepas makan/minum. dan diikuti dgn dalam perut terasa panas … Baca lagi...
3 bulan
Sulit
Rasa Mual dan ingin muntah Saya berumur 35 tahun, selepas berbuka puasa saya rasa mual & rasa ingin muntah…tiada rasa pening, tetepi ada rasa sedikit lesukaran bernafas. Baca lagi...
2 bulan
Sulit
Cirit birit dan mutah2 lemah badan Saya bertanya bagi pihak bapa saya yg berusia 68 tahun. Kebelakangan ini bapa saya sering cirit birit, muntah dan loya yg kerap sehingga lemah badan. Makanan yg dimakan adalah sama seperti yg or… Baca lagi...
28 hari
Sulit
Muntah selepas makan secara tidak sengaja Saya mengalami masalah muntah selepas makan , Kalau saya makan banyak , automatic saya akan muntahkan makanan itu. tetapi secara tidak sengaja. apa yang patut saya buat? adakah saya mempunyai an… Baca lagi...
46 hari
Sulit
Muntah pening lemah badan saya wanita 21 tahun. Saya tak rasa ini ada berkaitan “jet lag”. Bila saya makan saya akan muntah. Saya rasa lemah dan pening. Adakah ini faktor dari “jet lag”. Saya sudah jadi ini dari semalam … Baca lagi...
4 bulan
Tuntut RM300 Ujian COVID-19 >
Tanya Doktor Percuma Hadiah Tunai RM30 eFarmasi