Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Pening kepala dan rasa ingin pitam

Dijawab oleh: Dr Sashini Seeni

Dikemaskini pada: Jun 2, 2021 7:41 PM

Sulit 3 bulan

Pening kepala dan rasa ingin pitam pada waktu siang dan rasa kadang tu rasa penglihatan kabur, adakah sebab saya tak cukup makan? Atau skip makan?

Dr Sashini Seeni 3 bulan
General Practitioner

Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.

Melalui maklumat yang dinyatakan diatas, anda mengalami masalah pening kepala rasa ingin pitam pada waktu siang dan penglihatan kabur. Kami memahami kerisauan anda dan kami akan cuba untuk membantu anda dalam hal ini.

Untuk makluman anda, gejala gejala yang sedang anda hadapi boleh disebabkan oleh masalah seperti:

  • kurang rehat atau tidur
  • Kurang thiamin dalam diet
  • Gangguan stress dan emosi

Namun begitu, pening kepala yang anda alami juga boleh disebabkan oleh perkara yang lebih serius dan memerlukan pemeriksaan doktor segera seperti:

  • Tekanan darah tinggi
  • Anemia - kurang sel darah merah
  • Ketumbuhan dalam otak - gejala lain seperti hilang berat badan, muntah dan sakit kepala
  • Glaukoma mata
  • Vertigo posisi benign - punca yang tidak diketahui
  • Penyakit dalaman telinga - seperti Penyakit Meniere, batu kalsium dan jangkitan kuman

Justeru, anda amat disarankan untuk bercakap dengan doktor secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut .

Kami berharap penerangan ini dapat membantu anda. Terima kasih

Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.

Dikemaskini pada: Wed Jun 02 2021 19:41:30 GMT+0800 (Malaysia Time)
4.88
Konsultasi Atas Talian
Dapatkan nasihat doktor dan Pakar Pakar Neurologi tentang pening kepala secara online dari mana jua anda berada tanpa perlu menunggu giliran.
Konsultasi Doktor RM19.99 Konsultasi Pakar Dari RM80
Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Mula Saringan Kesihatan PERCUMA
Perkhidmatan Saringan COVID-19
Lihat semua perkhidmatan saringan coronavirus COVID-19 Malaysia. Ujian PCR/RTK di rumah, klinik, pandu lalu atau ke presmis anda.
Lihat Semua Ujian COVID-19