Anonymous
6 tahun
Pening kepala- pitam
Saya wanita umur 31 thn… Saya rasa pitam ketika nak bangun, bediri Dan semasa bebaring pun nak pitam… Asal nak ubah posisi ketika bebaring mesti rasa pitam… Apa ini bahaya
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, gejala-gejala yang anda alami boleh jadi disebabkan beberapa perkara seperti:
- Migraine
- Tekanan darah rendah
- Kurang gula dalam darah
- Dehidrasi
- Masalah mata
Terlebih dahulu, adalah baik sekiranya anda mengatasi punca asas kepada masalah anda seperti diatas. Seandainya gejala memburuk atau terdapat gejala tambahan seperti pitam, sebaiknya anda mendapatkan konsultasi doktor untuk dilakukan pemeriksaan lanjutan kerana dikhuatiri terdapat masalah kesihatan lain.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.


































