Sulit
4 tahun
Pening lemah tidak bermaya, penglihatan terhad
Saya berusia 24an, saya lemah tidak bermaya, pening penglihatan agak kurang jelas. Saya mengalami masalah saya tak nampak pada waktu gelap atau tempat yang malap dan sensetif pada cahaya.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi. Bagaimanapun, maklumat yang diberikan tidak mencukupi bagi memberikan penjelasan yang dikehendaki. Terdapat pelbagai soalan mengenai sejarah kesihatan anda yang perlu ditanyakan. Namun, secara umum, masalah pening kepala boleh disebabkan oleh pelbagai penyebab, antaranya:
- gangguan saraf di bahagian kepala
- gangguan endokrin atau metabolisme tubuh
- badan kekurangan gula
- badan tidak cukup rehat
Atau ia juga boleh berpunca dari
- Masalah penglihatan seperti rabun dan silau
- Sakit kepala jenis tegang (Tension-type headaches)
- Migrain
- Sakit kepala berkelompok (Cluster headache)
- Sakit kepala sinus(Sinus headache)
- Gangguan vaskular
Anda tiada masa untuk sakit kepala? Dapatkan kelegaan segera.
Untuk mengetahui punca sebenar dan rawatan yang tepat terhadap masalah yang anda hadapi, maklumat tambahan dan pemeriksaan susulan adalah diperlukan sebelum sebarang kesimpulan boleh dibuat.
Oleh itu, jika masalah ini berlarutan, anda amat disarankan untuk merujuk perkara ini lebih lanjut secara langsung dengan doktor di klinik/hospital berdekatan bagi mendapatkan kesimpulan yang lebih sempurna. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih
Pakar neurologi boleh membantu anda untuk melegakan masalah sakit kepala.































