Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Pening,Loya dan muntah serta kurang selera makan, tp tiada demam dan batuk kering

Dijawab oleh: Dr Sri Viknarajan

Dikemaskini pada: Mei 13, 2021 11:48 AM

Sulit 42 hari

Wanita single berumur 29thn, berada dlm 1 premis dgn pesakit covid19 10 hari yg lepas, tiba² sakit kepala sekali, pening, loya dan muntah. Tekak sedikit kering tp x sakit, adakah ini gejala, kerana didalam list tiada dizziness…

Dr Sri Viknarajan 42 hari
General Practitioner

Terima kasih atas pertanyaan anda.

Kami memahami kerisauan anda terkait wabak yang kita alami sekarang, lebih-lebih lagi berkenaan potensi kontak rapat dan gejala positif COVID-19

Inginkan penjelasan lebih lanjut daripada pakar? Internal Medicine Specialist kami sedia membantu.

Berdasarkan garis panduan Garis Panduan Covid-19 KKM. Kontak rapat di definisikan sebagai:

  • Individu yang berhubung secara langsung dengan kes positif COVID-19 dalam masa 14 hari kebelakangan, sama ada:
    • bersemuka dengan pesakit COVID-19 pada jarak kurang dari 1 meter
    • atau bersentuhan (kontak fizikal) dengan kes COVID-19
  • Individu yang tinggal serumah dengan kes disahkan COVID-19
  • Individu yang duduk dekat (kurang 1 meter) dengan kes COVID-19 dalam satu premis seperti pejabat, kelas, rumah ibadat, kedai dan lain-lain
  • Anggota kesihatan yang memberi perawatan kepada kes disahkan COVID-19 tanpa memakai alat perlindungan diri (PPE) yang lengkap

Justeru saya menyarankan anda untuk mengemukakan info dan cerita yang sama kepada klinik kesihatan atau hospital yang terdekat bagi mengetahui kondisi anda yang sebenar sebagai langkah berjaga-jaga.

Untuk makluman anda juga, WHO menyenaraikan simptom biasa untuk jangkitan COVID-19 seperti berikut:

Saya juga menggalakkan anda untuk menjawab kuiz ini di Penilaian Risiko untuk COVID-19 untuk menilai status kesihatan semasa anda berkaitan dengan penyakit ini. Setelah menyelesaikan kuiz ini, anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori. Arahan selanjutnya akan diberikan pada akhir kuiz.

Anda juga boleh mengklik pautan ini untuk meminta secara langsung ujian saringan COVID-19. Atau hubungi Pusat Kesiapsiagaan dan Respons Krisis (CPRC). Selain daripada itu, lakukan kebersihan tangan dengan baik, patuhi penjarakan sosial/fizikal dan pakai pelitup muka apabila anda berada di luar atau di khalayak ramai.

Talian CPRC:
0388810200
+60178429454
cprc@moh.gov.my

Walau bagaimanapun, gejala yang anda alami juga boleh disebabkan oleh:

  • gangguan cemas
  • jangkitan/inflamasi saluran tekak
  • gangguan saluran pencernaan
  • kekurangan minum air atau dehidrasi
  • kekurangan rehat atau komplikasi dari gangguan tidur
  • dan faktor lain yang memerlukan perhatian secara langsung dengan doktor di klinik atau hospital

Ingin meningkatkan imuniti tubuh? Suplemen merupakan pilihan yang tepat!

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang kondisi kesihatan anda, atau agar rawatan yang lebih tepat boleh di laksanakan, pemeriksaan yang lebih terperinci perlu dilakukan terlebih dahulu. Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.

Dikemaskini pada: Thu May 13 2021 11:48:06 GMT+0000 (Coordinated Universal Time)
4.87
Konsultasi Atas Talian
Dapatkan nasihat doktor dan Pakar Pakar Penyakit Berjangkit tentang jangkitan coronavirus secara online dari mana jua anda berada tanpa perlu menunggu giliran.
Konsultasi Doktor RM19.99 Konsultasi Pakar Dari RM80
Perkhidmatan Saringan COVID-19
Lihat semua perkhidmatan saringan coronavirus COVID-19 Malaysia. Ujian PCR/RTK di rumah, klinik, pandu lalu atau ke presmis anda.
Lihat Semua Ujian COVID-19