
Sulit
2 tahun
Pening rasa nak muntah dan sakit perut
Saya wanita berumur 24 tahun. Saya ada masalah gastric yang teruk. Kawan saya ada suruh makan minyak zaitun untuk mengurangkan lagi sakit perut saya. Jadi saya cuba makan dan lepas makan saya rasa loya, pening . Adakah bagus tindak balas itu atau sebaliknya?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terim kasih kerana mengajukan soalan.
Anda bertanyakan tentang kesan makan minyak zaitun bagi mengurangkan gastrik. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, masalah gastrik berlaku akibat keradangan pada lapisan dinding perut dan ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara dan salah satunya serta paling biasa adalah jangkitan bakteria helicobacter pylori.
Masalah ini haruslah dirawat dengan ubat yang sepatutnya setelah diperiksa oleh doktor. Anda tidak disarankan untuk mengambil suplement atau mengamalkan tips yang diberikan oleh mereka yang tidak bertauliah seperti menggunakan minyak zaitun kerana ia boleh membahayakan anda.
Oleh itu, sila rujuk masalah anda ini kepada doktor secepat mungkin agar bantuan dapat diberikan. Anda boleh merujuk kepada kami secara atas talian bagi nasihat lanjut.
Terima kasih.