Sulit
4 tahun
Penurunan berat badan adakah mempengaruhi haid
Hai doktor… Sya mnjalani diet utk mnurunkan berat bdan yg berlebihan… Dan sya trun brat 9kg dlm msa 1 bulan… Dan sya period tpi mslahnya sdah 10 hari sya period… Dn teda brhnti… Adakah penurunan berat bdan mmpengaruhi period sya yg berpanjangan…
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi. Untuk makluman anda, penurunan berat badan secara mendadak boleh menyebabkan gangguan kitaran haid yang tidak teratur kerana hormon tidak berfungsi dengan normal. Manakala, berkenaan haid yang berpanjangan, terdapat beberapa penyebab berlakunya masalah ini, antaranya ialah:
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
- Hormon tidak seimbang akibat diabetes, obesity, PCOS atau tiroid
- Ketumbuhan fibroid atau polip
- Dysfunctional uterine bleeding
- Kanser rahim atau serviks
- Masalah pembekuan darah
- Kesan sampingan ubat-ubatan
Tempuhi waktu datang bulan dengan selesa tanpa kebocoran.
Namun begitu, ini hanyalah keterangan am tentang hal ini, kerana untuk mendapatkan kesimpulan yang tepat perlulah membuat pemeriksaan dengan teliti. Anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor dan memberikan aduan ini bagi mendapatkan kesimpulan yang sempurna. Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi di atas talian untuk mendapatkan maklumat selanjutnya. Terima kasih
Anda masih risau tentang haid berpanjangan? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!

































