Sulit
2 tahun
Penyakit gangren yang meyerang pada seseorang
Saya ingin bertanya…bolehkah penyakit gangren menyerang kemaluan seseorng terutama lelaki…apakah gejala bagi penyakit ini
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Untuk pengetahuan anda, gangrene merupakan keadaan di mana tisu di sesuatu anggota badan mati disebabkan tiada aliran darah kepada bahagian tersebut dan kemaluan juga boleh mengalami masalah ini. Gejala bagi masalah gangrene ini adalah:
- Sakit yang teramat
- Perubahan warna pada anggota yang terlibat
- Hilang sensasi atau rasa pada anggota yang terlibat
- Sekiranya berjangkit:
- Terdapat cecair berbau dan kekuningan keluar daripada kemaluan
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.