Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Peranakan jatuh atau rahim jatuh

Dijawab oleh: Dr Nur Syuhada binti Zulkifli

Dikemaskini pada: Februari 26, 2021 5:20 AM

Sulit 46 hari

Saya berumur 25 tahun.masih bujang.saya pernah terlibat dalam kemalangan.selepas kemalangan tu saya ada beberapa kejadian terjatuh.setiap kali saya terjatuh,saya terasa sakit dan rasa macam ada sesuatu terjatuh dan berat di bahagian vagina saya.sejak itu ,saya kerap buang kecil.kadang-kadang air kencing keluar tanpa saya dapat kawal…saya nak jumpa dengan doktor tapi saya malu untuk bertanyakan soalan ini…bagaimana saya nak atasi masalah ini dan apa yang saya patut buat…sebab perkara ini betul-betul menganggu saya.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli 46 hari
General Practitioner

Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.

Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sedemikian, seperti:

  • Obesiti: Berat badan yang berlebihan menyebabkan tekanan abdomen yang tinggi dan ini boleh menyebabkan peranakan jatuh
  • Faktor umur: Wanita menopaus mempunyai kandungan hormon estrogen yang rendah dan ini dapat menyebabkan kelemahan organ wanita untuk menanggung (support) organ peranakan dan menyebabkannya jatuh
  • Kelemahan otot pelvis
  • Kecederaan pada kawasan peranakan
  • Masalah saraf

Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda kerana perkara ini mengganggu anda dan menyebabkan gejala. Rawatan hanya akan diberikan berdasarkan diagnosis yang diberikan oleh doktor kepada anda.

Anda masih risau tentang masalah peranakan dan kerap kencing? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!

Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.

Dikemaskini pada: Fri Feb 26 2021 05:20:07 GMT+0000 (Coordinated Universal Time)
4.89
Konsultasi Atas Talian
Dapatkan nasihat doktor dan Pakar Pakar Sakit Puan tentang kesihatan am wanita secara online dari mana jua anda berada tanpa perlu menunggu giliran.
Konsultasi Doktor RM19.99 Konsultasi Pakar Dari RM80
Saringan Kesihatan PERCUMA
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Mula Saringan Kesihatan PERCUMA
Perkhidmatan Saringan COVID-19
Lihat semua perkhidmatan saringan coronavirus COVID-19 Malaysia. Ujian PCR/RTK di rumah, klinik, pandu lalu atau ke presmis anda.
Lihat Semua Ujian COVID-19