
putry.seroja
5 tahun
Perancang cucuk dan haid lewat 10 hari
Assalamualaikum… saya last cucuk bulan oktober 2018 … selepas 8 bulan iaitu pada bulan puasa tahun ini(2019) tarikh 13/5 period saya datang selama dua minggu… selepas habis period saya bersama suami … sekarang bulan 6 period saya dah lewat 10 hari tapi bila saya cek upt ptg tadi (21/6) pukul 5 petang -ve … ada saya ada peluang utk hamil lagi???

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi.
Suntikan perancang boleh membawa beberapa kesan sampingan dan ini haruslah diketahui sebelum mengambil suntikan perancang ini.
Kesan sampingan utama yang bakal dialami oleh wanita yang mengambil suntikan perancang ini ialah:
- Pendarahan yang berterusan selepas berhenti mengambil suntikan tersebut
- Kitaran haid akan berubah dan ini akan membimbangkan wanita tersebut
- Haid mungkin akan mengambil masa dalam setahun untuk kembali kepada kitaran yang biasa
- Berat badan bertambah
- Kemungkinan kebolehan menghasilkan ovum yang sihat akan mengambil masa lebih kurang setahun
- Keguguran rambut, kekurangan nafsu seks, sakit kepala, gangguan emosi
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi serta rawatan, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.