
Sulit
4 tahun
Perancang Keluarga dan mengelakkan kehamilan
Salam sejahtera Doctor, saya seorang suami berusia 49 tahun dan isteri berusia 46 tahun. Sewaktu melakukan perhubungan bersama isteri saya, saya terlupa untuk memakai kondom untuk mengelakkan kehamilan memandangkan usia isteri yang berisiko sekiranya mengandung. Bagaimana untuk kami mengelakkan kehamilan ini. Terima kasih atas nasihat dan pandangan doctor.

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, terdapat pil perancang kecemasan yang boleh mengelakkan kehamilan jika dimakan dalam masa 72 jam selepas melakukan hubungan seks.
Dianggarkan bahawa pil perancang kecemasan ini akan menghalang 85% kehamilan yang diharapkan. Selain itu, terdapat juga pil perancang kecemasan yang harus diambil dalam 5 hari selepas hubungan seksual tanpa lindungan untuk mengelakkan kehamilan.
Jalinkan hubungan seks tanpa kebimbangan lagi
Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor di klinik berdekatan kerana terdapat maklumat tambahan yang perlu dipertimbangkan untuk mendapatkan kesimpulan lebih lanjut. Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.