Sulit
3 tahun
Period berwarna hitam dan hampir sebulan mengalaminya
Saya wanita 21 tahun dan belum kawin…saya datang period hampir sebulan dan darah berwarna hitam…tapi tiada bau dan sedikit …ini pertama kali…period saya biasa teratur.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Untuk makluman anda, gejala haid berwarna hitam selalunya disebabkan oleh takungan sisa haid yang terkumpul di dalam rahim ketika kedatangan haid yang lepas yang telah menjadi beku. Namun , ia juga boleh menandakan penyakit lain seperti:
- Ketumbuhan fibroid atau polip
- ketidakseimbangan hormon
- Endometriosis
- Kanser rahim
- Adenomyosis
- Keradangan pada ruangan pelvis (PID) yang boleh disebabkan oleh jangkitan STI (Sexual transmitted infections)
Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa tanpa kebocoran.
Walaubagaimanapun, perkara ini hanyalah mungkin perkara yang normal, melainkan anda mengalami simptom-simptom lain seperti haid tidak teratur, masalah mudah lebam, senggugut yang tidak berkait dengan kedatangan haid serta pendarahan haid yang tidak terkawal atau berlebihan.
Kami sarankan anda terus memantau gejala ini sekiranya ia berlarutan atau semakin teruk, ataupun gejala bau busuk itu semakin progresif.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tambahan, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.
Anda masih risau tentang haid yang aneh ? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!