Sulit
2 tahun
Period darah lendir berpanjangan
Saya berumur 40tahun, ni Kali pertama period hanya darah lendir je, Hari ni dah Hari ke-15… saya risau sbb perut Sentiasa kembung
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih kerana menghubungi kami dan bertanyakan masalah anda.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu haid darah lendir sahaja atau haid sedikit. Secara umum, masalah sedemikian boleh berlaku atas beberapa faktor, antaranya ialah:
- Gangguan stress
- Hormon yang tidak stabil (kerana ubat-ubatan atau gangguan penyakit)
- Penyusutan atau peningkatan berat badan yang mendadak
- Penggunaan ubat tertentu
- Senaman yang tidak mematuhi garis panduan
- Masalah organ wanita - sindrom ovary polycystic (PCOS) atau masalah tiroid
- Penebalan atau polip pada lapisan rahim dan fibroid rahim
- Kontraseptif hormon: Pil kontraseptif atau IUCD
Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa
Untuk mengetahui punca sebenar dan rawatan yang tepat terhadap masalah yang anda hadapi, maklumat tambahan dan pemeriksaan susulan adalah diperlukan sebelum sebarang kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk perkara ini lebih lanjut kepada doktor.
Sila klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi bagi mendapatkan penerangan dan nasihat yang anda perlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih
Anda masih risau tentang haid tidak teratur? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!