lileytung
6 tahun
Period gatal n bengkak di alat sulit
Sy wanita brumur 27 Thun sy mpunyai anak 2 orng lpas mlahirkan anak period sy xdtg 1tahun cmtu lepas Dari tu period sy datang baru2 ni sy ade ambik pil perancang lepas sy mkn pil itu period sy jadi xteratur kdang selang seminggu datang lagi satu lagi sy rase gatal di tmpat alat sulit sy n ade bengkak skit ape perlu sy BT doctor?sy risau sgt2
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan anda, anda mungkin mengalami kesan sampingan dari pengambilan pil perancang tersebut. Saya nasihatkan untuk anda ke klinik dan berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut dan rawatan bersesuai serta nasihat mengenai pil perancang yang sesuai untuk anda
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan secara percuma. Terima kasih.



































