
Sulit
5 tahun
Period Lambat 2 bulan & Cramp
Hai! Saya dah berkahwin dan baru berumur 24tahun…
Last period sy normal… takde masalah… selang 2 minggu ada pendarahan warna coklat selama 4 hari… Period tak datang 2 bulan dan sy rasa perut sy cramp mcm period pain. Saya dah jumpa doctor & dah buat scan rahim sy… Doctor cakap ovary kiri saya ada cyst cuma buat masa sekarang tak ada tanda tanda bahaya… Doctor cakap lagi 6 bulan follow up… Saya dah buat pregnancy test banyak kali tapi masih negative & dah scan untuk pregnancy tp tk de… Dinding rahim sy tebal, ada darah cuma belum keluar & doctor dah bagi ubat untuk period. Sy dah makan ubat period tapi dah seminggu period tak keluar juga… perut pun masih cramp . Normal ke kalau cramp perut belum dtg period 2 bulan? Sebab dari lepas datang pendarahan tu perut sy dah start cramp.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih telah mengajukan soalan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang puan hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Kitaran haid yang normal terjadi setiap 24-38 hari dan berlangsung selama 2 hingga 8 hari. Kitaran haid dapat dikatakan tidak normal apabila kitaran haid seterusnya datang lebih lambat dari 38 hari atau lebih cepat daripada 24 hari. Hal ini dapat disebabkan oleh pelbagai perkara.
Antaranya:
- Masalah ovulasi
- Fibroid dan polip
- Keadaan di mana endometrium tumbuh ke dalam dinding rahim
- Gangguan pendarahan
- Masalah berkaitan dengan beberapa kaedah kawalan kelahiran, seperti alat intrauterin (IUD) atau pil kontraseptif
- Keguguran
- Kehamilan ektopik
- Jenis-jenis kanser tertentu, seperti kanser rahim
- Kehamilan
Memandangkan anda telah pun mendapat diagnosis dan ubat daripada doktor, adalah digalakkan untuk anda merujuk kembali doktor tersebut dan berbincang tentang darah haid yang belum turun. Sakit sebelum haid seperti cramp perut adalah merupakan salah satu gejala premenstrual syndrome.
Untuk mengetahui punca sebenar kepada masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.