
Anonymous
5 tahun
Period lambat 4 hari
Klu sy nk mkn ubat smpt lgi tak…bub ank bru usia sthun…rsau pregnant lagi

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Terlebih dahulu, anda perlu membuat pemeriksaan kehamilan di klinik atau hospital berdekatan untuk memastikan keadaan anda. Anda juga dinasihatkan untuk mengambil langkah berjaga-jaga untuk kandungan seterusnya.
Pil perancang keluarga merupakan kaedah yang paling popular untuk mencegah kehamilan. Pil perancang terdapat dalam pelbagai jenis formulasi. Doktor akan mensyorkan pil yang paling sesuai untuk seseorang wanita berdasarkan umur, sejarah penyakit, kesan sampingan dan faktor-faktor lain.
Sekiranya anda mempunyai sebarang kebimbangan tentang kesihatan anda atau ingin tahu mengenai kaedah kontrasepsi yang paling sesuai untuk anda sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Terima kasih