
Sulit
3 tahun
Period last sakit pinggang kepala perut susah tidur letih
SALAM SAYA INTAN , NAK TANYA SIKIT KENAAN DRI SAYA SKRG NI . SAYA ADA TYROID DRI KECIL HGGA SKRG . MIGREEN KEPALA SUKA SAKIT KEPALA PENING . LST PERIIOD BLAN OGOS SKRG DAH BULAN NOV . DRI BLN OGOS SMPAI NOV TAK PERIOD . DAN SBLUM NI AIR KENCING KOTOR LPASTU HLG DAH PASTU SKRG PENING KPLA SAKIT PERUT MURUNG TETIBA HAPPY LEPASTU PINGGANG RASA SAKIT. TIDURR TAK PUAS . SEBAB SAKIT PINGGANG DAN PERUTT … 3HARI LEPAS CHECK PREGNENT TEST POSITIF … HAMIL KE ATAU GENJALA LAIN ? (BRTNANG)

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan masalah haid lewat anda. Antaranya adalah:
- Usia
- Tekanan emosi atau stress
- Berat badan terlalu rendah
- Gangguan hormon
- Policystic Ovary Syndrome
- Fibroid dalam rahim
- Kesan penggunaan ubat-ubatan tertentu
Untuk gejala kencing kotor, sakit pinggang dan sakit perut, ia boleh disebabkan oleh:
- Penyakit radang pelvis (PID)
- Infeksi saluran kencing
- Batu karang di pundi kencing
- Penyakit buah pinggang
Berkenaan hasil pregnant test anda yang menunjukkan hasil positif, ia boleh disebabkan oleh:
- Jika anda sudah berkahwin dan melakukan hubungan bersama suami anda, ia boleh menunjukkan bahawa anda sedang hamil
- Jika anda belum berkahwin, ia menunjukkan bahawa anda menghidap suatu penyakit yang boleh meningkatkan hormon beta hcg dalam darah anda.
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor
Sila klik di sini untuk bercakap dengan Pakar sakit puan