
Sulit
4 tahun
Period lewat buat kali pertama dan setelah ambil tablet sonulut period masih tidak datang
Assalamualaikum hai doktor. Saya 24 tahun dan masih bujang. Pada bulan lepas, saya telah period pada 8-15/9. Biasanya period saya memang teratur atau awal sehari atau 2 hari. sepatutnya kiraan saya bulan ni period saya sepatutnya datang pada 7/10 tapi masih tak datang dan lewat 13 hari. saya sangat risau sbb ini kali pertama berlaku pada saya. pada 13/10 saya telah ke farmasi dan dinasihati ambil sepapan ubat sonulut 3 kali sehari. katanya paling lama selepas 3 hari, period akan datang tapi sehingga harini 19/10 masih tak datang. saya sangat risau kerana ini adalah kali pertama terima kasih doktor.

4 tahun
Hello dan selamat sejahtera! Terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Berdasarkan keterangan anda, kami memahami kebimbangan tentang masalah yang anda hadapi iaitu haid lewat walaupun anda telah mengambil tablet Sonulut.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa faktor yang menyebabkan perubahan pada kitaran haid wanita. Antaranya ialah:
- masalah gaya hidup
-tekanan stres
-masalah kekurangan berat badan atau kehilangan berat badan secara mendadak
-senaman yang terlalu banyak
-kelebihan berat badan atau obesiti - kehamilan
- masalah dengan rahim, ovari atau faraj
- kontraseptif
- Sindrom ovari polisistik (PCOS)
- Penyakit-penyakit lain seperti penyakit jantung, tiroid yang terlalu aktif, kencing manis yang tidak terkawal atau menopaus pramatang juga boleh menyebabkan haid yang lewat.
Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa.
Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih
Anda masih risau tentang haid lewat ? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!