
Anonymous
5 tahun
Period lewat selama 3 bulan
Sy wanita umur 30’an dan period sy lewat hampir 3 bulan. Sebelum sy kahwin period sy memang tak teratur 2 bulan sekali period. Sy pernah pergi gym…Berat badan sy sebelum itu 120 kg…kemudian turun kepada 90kg.Ketika tu period sy kembali normal. Selepas kahwin berat badan sy naik kembali. Dan period sy mula kembali kedapa dl. Tp selepas sy ambil asic folic sy tak dtg period selama 3 bulan. Dan sy tak mengandung. Apakah punca itu datang dari asid folic?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih telah mengajukan soalan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang puan hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan puan tentang masalah yang dihadapi. Kitaran haid yang normal terjadi setiap 24-38 hari dan berlangsung selama sehingga 8 hari. Maka, kitaran haid dapat dikatakan tidak normal apabila kitaran haid seterusnya datang lebih lambat 38 hari. Untuk pengetahuan puan, haid lambat dan tidak teratur boleh disebabkan oleh pelbagai perkara.
Antaranya:
- Kehamilan
- Masalah ovulasi
- Fibroid dan polip
- Keadaan di mana endometrium tumbuh ke dalam dinding rahim
- Gangguan pendarahan
- Masalah berkaitan dengan beberapa kaedah kawalan kelahiran, seperti alat intrauterin (IUD) atau pil kontraseptif
- Keguguran
- Kehamilan ektopik
- Jenis-jenis kanser tertentu, seperti kanser rahim
Sebaiknya anda mencari tahu punca sebenar kepada ketidak teraturan haid anda terutama apabila gejala anda berkaitan dengan obesiti dengan merujuk ke doktor. Untuk mengetahui punca sebenar kepada masalah yang puan hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, adalah amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.