
Sulit
3 tahun
Period tak datang dua bulan upt negatif
Hi doc. Saya berumur 26 tahun mempunyai anak berumur setahun. Ikutkan sekarang dah dua bulan saya tak datang period. Sebelum ni period saya normal datang macam biasa.
Simptom nak period macam cramp bahagian ari-ari, sakit belakang tu ada. Tetapi period masih tak datang. Sekarang saya kerap sakit di tulang belakang hingga pinggang.
Saya dah check upt bulan oktober, negatif.
Perlu ke saya consult ke klinik atau gangguan hormon saja?
Terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan masalah anda. Antaranya adalah:
- Usia
- Tekanan emosi atau stress
- Gangguan hormon
- Berat badan terlalu rendah
- Policystic Ovary Syndrome (PCOS)
- Fibroid dalam rahim
- Kesan penggunaan ubat-ubatan tertentu
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik di sini untuk bercakap dengan Pakar sakit puan