
Sulit
5 tahun
Period tak datang selepas mengambil ubat norethisterone
Saya ada mengambil pil norethisterone pada bulan lepas dan selepas beberapa berhenti mengambil pil tersebut period datang seperti biasa tapi pada bulan ini period saya masih tidak datang lewat lebih dari 4 hari kerana kitaran period saya teratur sebelum mengambil ubat dan saya tidak mengambil apa apa ubat selepas mengambil pil norethisterone pada bulan lepas adakah ini normal ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, ubat tersebut boleh menyebabkan pelbagai kesan sampingan. Antaranya:
- Haid lewat
- haid tidak teratur
- Naik berat badan
- sakit pada bahagian pinggang
Anda mungkin mengalami kesan sampingan pil tersebut. Walaubagaimanpun, jika masalah ini berterusan, anda disarankan mendapat maklumat lanjut. Hal ini kerana lewat haid boleh disebabkan oleh pelbagai perkara.
- Kehamilan
- Umur
Haid anda boleh berubah-ubah mengikut dari segi tempoh masa dan juga aliran ketika anda masih remaja.
- Berat badan dan diet
Berat badan dan kandungan lemak badan boleh menjejaskan haid anda.
- Sindrom ovari polikistik / Polycystic ovarian syndrome (PCOS)
Penyakit ini boleh menyebabkan perubahan hormon dalam badan di mana telur telah berhenti matang.
- Ubat-ubatan
Sesetengah ubat yang disarankan untuk masalah kesihatan tertentu boleh menganggu kitaran haid. Pil perancangan, pil hormon, ubat sawan, ubat untuk kemurungan adalah antara contoh-contoh ubat yang melambatkan kitaran haid.
- Hormon tidak stabil disebabkan stress, tekanan emosi dan jadual harian yang terlalu aktif dan padat
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.