Sulit
2 tahun
Period tidak datang tapi keputihan berwarna kuning campur coklat
Date period selalunya dtg tepat 31 hribulan tetapi selepas diri dah dsahkan positif covid pda 29 hribulan sebelum tarikh peruod , sy mengalami simptom covid sperti batuk slsema dan demam suhu yg tinggi dan pening kepala , bulan seterusny period tk dtg slama 15 hari . Adakah dsebabkan hormon tidak stabil atau ada sebab lain? Keputihan hrini keluar sperti coklat cair…sy bimbang ada masalah lain…
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas pertanyaan anda.
Berdasarkan maklumat di atas, kami memahami bahawa anda mengalami gejala haid tidak teratur serta cecair keputihan coklat. Kami akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda cecair coklat yang keluar adalah akibat haid tidak teratur. Manakala jaudal haid tak teratur boleh berpunca daripada:
- Stress
- Berat badan yang tinggi
- Aktiviti sukan yang berlebihan
- Pengambilan pil perancang atau ubat hormon
- PCOS
- Kehamilan
- Kesan sampingan ubat atau vaksin
Bagi penjelasan lebih lanjut, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapatkan rawatan. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas taluan untuk mendapatkan maklumat serta rawatan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.