
Anonymous
5 tahun
Period tidak menentu dan kerap sakit kepala
saya berumur 22 tahun dan saya telah berkahwin …
- period saya tidak menentu … kadang2 hampir 2 atau 3 bulan x datang period … masa saya bru period kali ke 2 , pada tahun 2009 , period saya sampai 1 bulan lbh tak habis lg … terpaksa ke klinik … dan doktor bg saya ubat berhenti darah … lpastu trs saya x period 2 3 bulan … dan terpaksa sekli lg ke klinik untuk amik ubt keluar darah
… mungkin ini yg menyebabkan saya susah hamil…
- mengenai sakit kepala pulak … saya kerap sakit kepala … kadang² berkelompok kadang² sakit keseluruhan kepala … ia dtg x tentu masa … kadang² saya tak buat apa pun , tahu2 rasa sakit kepala … makin lama makin sakit … tapi sakit nye datang slow2 …
mcm mana ye doktor … apa anisiatif yg boleh saya buat ? saya harap doktor dapat bantu saya

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih telah mengajukan soalan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang puan hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan puan tentang masalah yang dihadapi. Kitaran haid yang normal terjadi setiap 28-38 hari dan seharusnya berlangsung sehingga 8 hari. Kitaran haid dapat dikatakan tidak normal apabila kitaran haid seterusnya datang lebih dari 38 hari atau lebih cepat daripada 24 hari. Lama haid juga dapat dikatakan tidak normal sekiranya anda mengalami haid selama lebih 8 hari. Hal ini dapat disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Masalah ovulasi
- Fibroid dan polip
- Keadaan di mana endometrium tumbuh ke dalam dinding rahim
- Gangguan pendarahan
- Masalah berkaitan dengan beberapa kaedah kawalan kelahiran, seperti alat intrauterin (IUD) atau pil kontraseptif
- Keguguran
- Kehamilan ektopik
- Jenis-jenis kanser tertentu, seperti kanser rahim
Sebaiknya puan mendapatkan konsultasi lanjut daripada doktor untuk mengetahui punca sebenar kepada masalah yang puan hadapi. Oleh itu, adalah amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian.
Untuk keluhan sakit kepala, adalah penting untuk puan menjelaskan lebih lanjut tentang sifat sakit kepala yang dirasakan seperti; berdenyut-denyut, mencucuk-cucuk ataupun seperti diikat. Sebaiknya dijelaskan juga bagaimana perbaikan sakit kepala setelah mengambil ubat tahan sakit dan gejala tambahan seperti mual, muntah, sensitif cahaya dan lain-lain.
Oleh itu, adalah amat disarankan untuk merujuk lebih lanjut masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian.