Sulit
4 tahun
Period tidak teratur sehingga beberapa bulan
Saya wanita berumur 36 tahun dan telah berkahwin selama lebih kurang 15 tahun dan masih tidak mempunyai zuriat. Pada tahun 2017 saya dusahkan menghadapi penyakit hypothyroid. Memang selalu mengalami period tidak teratur. Setelah mengambil beberapa kali treatment hospital period saya kembali normal sehinga hujung tahun 2020.pada januari 2021 period saya telah mula tidak ada sehingga kini. Disini saya inginkan penerangan daripada doktor. Adakah hypothyroid saya databg kembali?
4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Maaf, kerana penerangan yang anda berikan masih memerlukan beberapa lagi informasi tambahan bagi mempermudahkan kami untuk mengambarkan hal atau keluhan yang sebenar. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk melanjutkan pertanyaan dengan doktor kami diatas talian.
Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa
Disamping itu, memandangkan keluhan yang anda berikan mempunyai beberapa gejala yang berlaku serentak, saya menyarankan anda untuk mendapatkan perkhidmatan kesihatan yang lebih komprehensif dari hospital atau hospital pakar yang berdekatan. Hal ini adalah untuk memastikan anda mendapat rawatan secara langsung dengan doktor pakar yang lebih arif dalam bidang-bidang yang terkait.
Lazimnya kondisi anda boleh dikaitkan dengan
- Peningkatan ketidakstabilan hormon
- Masalah gaya hidup
-tekanan stres
-masalah kekurangan berat badan atau kehilangan berat badan secara mendadak
-senaman yang terlalu banyak
-kelebihan berat badan atau obesiti - penyakit-penyakit lain seperti gangguan tiroid yang terlalu aktif, sindrom ovari polisistik (PCOS), dll.
- gangguan hormon yang lain
Khususnya, gangguan hipotroid lazimnya disertai dengan gejala seperti
- Keletihan
- Kemurungan
- Sembelit
- Berasa sejuk
- Peningkatan berat badan tanpa sebab yang jelas
- Kelemahan atau kesakitan otot
- Kurang berpeluh
- Denyutan jantung yang perlahan
- Sakit sendi
- Keguguran atau gangguan rambut rambut
- Memori terjejas
- Masalah fertiliti atau perubahan haid
- Muka bengkak
- Mengantuk yang berlebihan
- Kurang tumpuan
Anda masih risau tentang haid tidak teratur? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!
Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.



























