
Sulit
4 tahun
Period yang terlalu lama dan darah berketul
saya wanita berumur 23 tahun. saya mengalami datang bulan yang terlalu lama. pada mulanya saya fikir benda itu normal kerana hanya 14 hari sahaja. tapi bulan seterusnya saya period saya datang lebih awal dan saya period hampir 3 minggu. bulan seterusnya pula saya datang period awal dari yang dijangka dan masih belum habis walaupun sudah melebihi sebulan dan pada harini ini period saya keluar berketul sebesar hati ayam. apakah masalah saya doktor

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Saya faham tentang masalah haid berpanjangan yang anda sedang hadapi. Terdapat segelintir wanita yang menghadapi masalah ini. Ia boleh disebabkan oleh masalah kesihatan, masalah tekanan, atau masalah fizikal. Terdapat pelbagai faktor-faktor yang boleh menyebabkan gejala yang anda hadapi seperti:
- Dysfunctional uterine bleeding - punca yang tidak diketahui dan kebanyakan wanita alami masalah ini
- Ketumbuhan fiboid, polip atau lain-lain ketumbuhan dalam rahim
- Kanser rahim atau serviks - gejala lain seperti hilang berat badan dan lemah
- Masalah pembekuan darah
- Kesan sampingan ubat-ubatan seperti ibuprofen/aspirin yang mencairkan darah
- Masalah tiroid
- Tekanan
- Gaya hidup aktif
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda juga boleh mengalami simptom-simptom anemia atau kekurangan darah merah keranan pendarahan yang berpanjangan seperti lemah, pening, jantung berdegup kencang, sesak nafas atau pitam. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.