
nurulain95951
4 tahun
Perlu habis kan makan ubat?
Hi Dr. Saya nak tanya kalau kita demam Dan makan ubat, and demam kita dah okay,badan tidak panas cuma panas dalam, adakah ubat demam perlu dihabiskan?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Hi. Terima kasih atas soalan yang diajuakan.
Untuk makluman anda, ubat demam yang saya percaya merupakan paracetamol adalah ubat untuk merawat simptom. Oleh yang demikian, sekiranya simptom yang dialami sudah baik, maka ubat paracetamol ini tidak perlu diteruskan lagi.
Hal ini berbeza dengan ubat antibiotik. Hal ini kerana ubat ini adalah ubat untuk merawat punca, sebagai contoh punca kepada demam yang dialami. Dalam kes ini, ubat ini harus diteruskan lagi sehingga habis walaupun simptom sudah tiada.
Diharap jawapan saya dapat membantu anda. Terima kasih.