
Sulit
5 tahun
Perlukah saya consider untuk ambil testosterone booster kerana kurang bentuk fizikal lelaki
hi doctor! boleh doctor terangkan tak testosterone booster tu untuk golongan mana. saya rasa saya masih muda untuk mengambil testosterone booster tapi berdasarkan keadaan physical saya boleh dikatakan kurang lelaki di mana saya kurang mempunyai misai janggut dan bulu badan serta suara yang kecil. keinginan seksual saya juga kurang dan saya kurang memuaskan dengan keadaan kemaluan saya yang sukar untuk tegang dengan kuat. dan bolehkah doctor terangkan lebih lanjut tentang testosterone booster dan side effect dia ? terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Akan tetapi, testosterone booster ini adalah makanan tambahan dan bukannya ubat-ubatan. Oleh itu, sukar untuk saya mengupas lebih lanjut mengenai. Hal ini kerana berlainan dengan ubat, makanan tambahan tidak ada kajian yang mendalam menganainya. Fungsi ubat tersebut didakwa untuk meningkatkan tahap testosterone. Namun, kebiasaannya kesan makanan tambahan begini hanya melalui testimoni dari pengguna tetapi tiada laporan mengenainya. Oleh itu, saya tidak dapat untuk menjawab persoalan anda mengenai fungsi atau kesan sampingan makanan tambahan ini.
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Terima kasih.