
Sulit
5 tahun
Perlukah saya mengambil Ujian Covid 19
Hi Doktor,
Saya mengalami batuk setelah berjumpa dengan rakan sekerja saya yang pulang dari Penang minggu lepas hari rabu lepas, (rakan sekerja saya) dia batuk dan demam, pada 11 March yang lalu. Menurut beliau, ibu bapanya turut demam. Pada keesokan hari pada 12 March 2020, saya mula batuk, sakit kepala dan rasa tak sedap badan dan pergi ke klinik Mediviron berdekatan. Doctor ada memberi ubat antibiotik dan selsema. Suhu 36’ . Balik rumah saya terus kumur dengan air garam dan sembur air garam ke lubang hidung. Batuk hilang tapi masih rasa sakit kepala.
Pada13 March 2020 saya ke klinik kesihatan untuk pemeriksaan darah kerana simptomnya macam demam denggi panas sejuk, suhu badan 36’+ dan kerongkong merah. Hasil ujian darah doktor kata ada jangkitan kuman dan platelet normal. saya ada rasa pening kepala pada hari tersebut.
Pada 16 March 2020 saya datang lagi ke klinik kesihatan kerana simptom sama masih ada, pening kepala dan badan berasa panas suam. Hasil pemeriksaan suhu masih 36+’. Doctor menasihatkan saya menghabiskan dulu antibiotik kerana selepas didapati platelet normal tetapi masih ada viral infection. Pada hari tersebut saya mengalami cirit birit dua kali pada hari tersebut.
Setiap hari badan berasa lesu dan tiada batuk sehingga 20 March 2020 ubat antibiotik dah habis. Pada malam tersebut saya tak dapat tidur dan kering tekak walaupun minum banyak air dan saya rasa badan saya panas sedangkan suhu hanya 37.2. Saya rasa tak sedap badan dan tak selesa pada bahagian perut. Setelah 12 hari berlalu, perlukah saya membuat ujian covid 19 di rumah atau pergi ke hospital swasta untuk mendapatkan rawatan demam biasa dengan menggunakan medical card. untuk makluman, rakan sekerja saya ada juga demam semalam.
Tolong advise, Thanks
Mr See
0129118662

5 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Sekarang kita sedang mengalami wabak coronavirus. Oleh itu, kami memahami kebimbangan anda.
Berdasarkan simptom anda, sukar untuk menentukan adakah ianya jangkitan covid atau masalah lain yang boleh menyebabkan gejala sama seperti berikut. Menurut WHO, simptom-simptom COVID-19 yang lazim dilaporkan ialah:
- Demam (lebih daripada 37.5 darjah celsius)
- Keletihan
- Batuk
- Lenguh dan sakit sendi
- Sakit tekak
- Sakit kepala
- Kesukaran bernafas
Oleh itu, penilaian risiko hendaklah dilakukan bagi membantu pakar perubatan membuat keputusan. Justeru, anda digalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya. Langkah ini adalah bagi mengurangkan kesesakan di hospital.
Simptom-simptom yang telah anda nyatakan boleh disebabkan oleh masalah kesihatan yang lain seperti:
- Jangkitan bakteria atau virus
- Demam denggi
- Kencing tikus
- Malaria
- Pneumonia
- Penyakit tibi
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/.
Di kesempatan ini juga saya ingin mengingatkan anda untuk tinggal di rumah seperti yang diarahkan oleh pihak berkuasa dan hanya keluar sekiranya perlu. Dengan kerjasama semua pihak, saya berharap wabak ini dapat dibendung sebelum ianya bertukar menjadi lebih parah. Terima kasih.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini