Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Perlukah saya menjalani ujian covid

Dijawab oleh: Dr Sri Viknarajan

Dikemaskini pada: Mei 18, 2020 1:15 PM

Sulit 19 hari

Saya berusia 24… saya dah mula start kerja macam biasa la… biasalah kalau nak start atau nak balik kerja tu akan di cek suhu laa… cuma hari ini saya punya suhu cecah 37 darjah celcius…saya punya boss suruh saya buat saringan di hospital …tapi saya tak mempunyai gejala batuk, sakit kepala, demam, lesu2 badan dan tak pernah ke luar negara atau ada hubungan rapat dengan pesakit covid…adakah perlu saya buat test saringan covid?

Dr Sri Viknarajan 19 hari
General Practitioner

Salam sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.

Sekarang kita sedang mengalami wabak coronavirus. Oleh itu, kami memahami kebimbangan anda.

Untuk makluaman anda, demam boleh disebabkan oleh banyak perkara. Antaranya:

  • Jangkitan bakteria / virus
  • Demam denggi
  • Allergic Rhinitis
  • Keradangan

Namun begitu, berdasarkan simptom sahaja, sukar untuk menentukan adakah ianya jangkitan covid atau masalah lain yang boleh menyebabkan gejala sama seperti berikut. Oleh itu, penilaian risiko hendaklah dilakukan bagi membantu pakar perubatan membuat keputusan. Justeru, anda digalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya. Langkah ini adalah bagi mengurangkan kesesakan di hospital serta mengelakkan anda untuk keluar dari rumah tanpa alasan yang kukuh

Buat masa sekarang, saya amat menyarankan supaya anda mengawasai gejala anda terlebih dahulu. Rawat di rumah dengan pengambilan ubat paracetamol, sponging , banyakkan berehat dan air yang mencukupi. Sekiranya ia berlanjutan atau semakin parah, anda digalakkan untuk berjumpa dengan doktor bagi mengetahu punca serta mendapatkan rawatan yang sesuai.

Selain itu, amalkan langkah pencegahan berdasarkan garis panduan yang telah dikeluarkan oleh Bahagian Kawalan Penyakit Malaysia seperti berikut:

  • Mencuci tangan dengan sabun dan air.
  • Elakkan daripada menyentuh mata, hidung atau mulut dengan tangan yang tidak dicuci.
  • Jauhi daripada orang yang sakit terutamanya yang menunjukkan simptom jangkitan Coronavirus
  • Elakkan daripada mengunjung kawasan tumpuan ramai orang
  • Elakkan daripada memakan daging mentah atau yang tidak dimasak dengan sempurna
  • Pastikan mulut serta hidung ditutup dengan tisu ketika batuk atau bersin dan buang tisu ke tong sampah
  • Cuci permukaan objek atau barangan secara berkala.

Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.

Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/

Di kesempatan ini juga saya ingin mengingatkan anda untuk tinggal di rumah seperti yang diarahkan oleh pihak berkuasa dan hanya keluar sekiranya perlu. Dengan kerjasama semua pihak, saya berharap wabak ini dapat dibendung sebelum ianya bertukar menjadi lebih parah. Terima kasih.

Dikemaskini pada: Mon May 18 2020 13:15:50 GMT+0000 (Coordinated Universal Time)
4.87
Sulit
Status risiko jangkitan Covid19 Hai, saya berumur 40 tahun. Saya ingin bertanya tentang risiko jangkitan covid19 sekiranya pegawai di pejabat saya telah berjumpa close contack positif covid19, beliau telah membuat swab test, 1… Baca lagi...
12 hari
safirahnuramdi
Mandi malam setiap hari Saya selalu balik malam dalam 7 lebih setiap dari dari kerja …Boleh kah mandi malam setiap hari dan basahkan kepala di musim Corona ini…Apa kah tidak akan berlaku paru² basah? Baca lagi...
2 hari
Sulit
Flu, itchy eyes, diarrhoea Adakah gejala di atas symptom Covid19? Apakah yang perlu saya lakukan. Boleh kah sekadar ke klinik biasa untuk rawatan normal Baca lagi...
12 hari
Sulit
Berkahak sekali seala saaja batuk Saya lelaki berusia 33 tahun. Doc, sejak.akhir akhir ini saya mengalami tekak yang tidak selesa dan rasa kahak banyak seterusnya mendorong kepada batuk. Say bimbang adakah berkahak ini merupakan… Baca lagi...
9 hari
Sulit
Tiada suara, dada dan tekak panas Saya wanita berusia 42 tahun… Sblm ni mengalamai sakit tekak tp skrg sudah kurang… Tapi suara pula tiada dan baru batuk sedikit… Tekak dan dada saya sentiasa rasa oanas… Adalah saya perlu buat s… Baca lagi...
14 hari
Tuntut RM300 Ujian COVID-19 >
Tanya Doktor Percuma Hadiah Tunai RM30 eFarmasi